Konsol permainan PS5 menunjukkan permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia sekaligus berjaya mengutip jutaan ringgit daripada penjualannya. Bahkan, arena konsol permainan dilihat hanya didominasi oleh nama besar seperti PlayStation, Xbox dan Nintendo yang sudah bertapak sejak sekian lama.

Menerusi perkongsian penulis Windows Central, Apple dilaporkan sedang mendapatkan jurutera Xbox yang mana mahu menerokai pasaran konsol pula. Hal ini kerana syarikat ini dalam usaha menfokuskan lebih kepada arena permainan video. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada akan berkait ciri realiti maya atau metaverse menerusi konsol itu.

Sumber Gambar: Gizmochina

Untuk makluman, Apple pernah menawarkan sebuah konsol tersendiri yang dikenali sebagai Apple Pippin. Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama atas faktor kekurangan tajuk permainan dan terlalu mahal sekaligus terpaksa dibatalkan pada tahun berikutnya.

Dengan perkembangan baru ini, kita boleh menjangkakan syarikat Apple bakal membuat kemunculan semula dengan persediaan yang lebih terperinci untuk memasuki arena konsol yang sengit hari ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai konsol permainan mereka yang pasti dinantikan ramai peminatnya.

Sementara itu, Apple juga dijangka bakal tawarkan sebuah set kepala AR yang berharga lebih daripada RM8,000 pada masa kelak.

Set Kepala AR Keluaran Apple Dijangka Bakal Ditawarkan Dengan Harga Melebihi RM8,000

Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru

Sumber